Saturday, 25 January 2014

Guru Cina Arah Murid Melayu Makan Rumput



Daripada maklumat yang diterima, guru berkenaan telah mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khai Meng, Sungkai, selama dua tahun. Dalam kejadian tersebut, dua orang murid (seorang Melayu dan seorang Cina) telah ditangkap kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun, hanya murid Melayu itu sahaja yang dihukum makan rumput dan digantung loceng pada lehernya. Manakala murid Cina yang juga merupakan anak YDP PIBG sekolah tersebut merangkap Pengerusi DAP Sungkai, Perak tidak pula dikenakan sebarang tindakan, bahkan dibebaskan.

Guru tersebut juga dikatakan telah merakamkan gambar murid Melayu itu dipaksa makan rumput dan digantung loceng pada tengkuknya. Gambar-gambar tersebut telah ditunjukkan kepada rakan-rakan sekelas murid Melayu berkenaan. Ini menyebabkan murid itu mengalami tekanan emosi dan kemurungan kerana telah dimalukan oleh seseorang yang sepatutnya bertugas mendidiknya dengan ilmu pengetahuan bukannya memalukan.

Dan tidak cukup dengan itu, guru tersebut yang sedar, tindakannya akan menimbulkan kemarahan ibu bapa murid terbabit telah bertindak melakukan ugutan untuk menyebarluaskan gambar-gambar yang dirakamnya ke Facebook. Ugutan tersebut dibuat agar kes tersebut dibesar-besarkan dan diketahui oleh orang ramai.

Malangnya, bapa murid terbabit telah membuat laporan polis selain mengadu kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Apa tindakan PPD?


PPD sekadar meminta surat tunjuk sebab daripada guru terbabit. Tekanan seperti yang dibuat terhadap dua orang pengetua Melayu yang dituduh rasis - di Kulaijaya dan Bukit Selambau - pada tahun lepas, nampaknya tidak wujud dalam kes ini.

Kes ini merupakan kes kedua dalam tempoh dua minggu selepas kejadian Pengetua dan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah - juga di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - di Johor memaksa seorang guru berbangsa Cina tetapi beragama Islam, menanggalkan tudungnya dengan tujuan menghina Islam. Pengetua dan Ahli Lembaga Pengelola tersebut sekadar bersemuka dengan guru yan gdimangsakan dengan disaksikan oleh PPD dan polis, sekadar bersalaman dan meminta maaf.

Guru tersebut kemudiannya dipindahkan ke sekolah lain.

Walau apa pun alasan guru di SJKC Khai Meng, Sungkai, ia sebenarnya adalah sesuatu yang sangat tidak wajar dan biadap. Tindakannya lebih bersifat RASIS apabila anak Pengerusi DAP Sungkai, tidak dikenakan sebarang tindakan, sedangkan murid Melayunya dihukum dengan sebegitu kejam.

Kita tengok apa yang akan dibuat oleh PPD? Adakah satu lagi majlis meminta maaf akan dianjurkan oleh PPD dan kes ini akan selesai begitu sahaja sebelum kes yang serupa muncul pula di SJKC yang lain?

Dipetik dari blog pencacai

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP