Wednesday, 15 January 2014

Kemaluan Menegang Selama 5 Minggu

Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecederaan dialami ketika melakukan aktiviti lasak kegemarannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengalami masalah dikenali sebagai priapisme selepas jatuh terkangkang atas palang basikalnya.

Kejadian itu mengakibatkan gangguan saraf yang mengalirkan darah ke zakarnya.


Media semalam melaporkan, mangsa hanya mendapatkan rawatan di Hospital Tallaght lima minggu selepas mengalami kecederaan itu.

Pemeriksaan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan doktor tertanya-tanya cara untuk membantunya.

Doktor di hospital Tallaght berkata, seseorang yang mengalami priapisme masih boleh mengadakan hubungan seks namun mungkin tidak akan merasai sebarang kenikmatan, sebaliknya cuma menderita.

“Ia juga boleh menyebabkan darah beku jika tidak dirawat segera,” katanya.

Selepas beberapa rawatan, masalah lelaki terbabit akhirnya berjaya diselesaikan apabila melalui busa gel serta empat lingkaran platinum kecil yang dimasukkan di antara urat yang membekalkan darah ke kemaluannya.

-Agensi/hmetro-

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

Saadun Sulaiman 16 January 2014 at 09:05  

Itu kira sudah cukup baik kerana tak payah mengunakan viagra dan yang seangkatan dengan nya. Yang tak sedap nya takut bini yang tercinta lari.

Saadun Sulaiman 16 January 2014 at 09:09  

Itu sudah cukup baik kerana tak payah cari viagra atau segala ubatan yang seangkatan dengan nya. Bagi orang Islam ia nya merupakan pasport untuk beristeri empat. Kerana sudah pasti isteri yang ada kidak akan mampu melayan karenah si suami.

Kalau nak mendapat bendaalah yang sebegitu ikut lah apa yang berlaku kepada si pemandu.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP