Thursday, 23 January 2014

RON95 mungkin akan dijual pada yang layak sahaja - Tengku Adnan

RON95 mungkin akan dijual pada yang layak sahaja - Tengku Adnan

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.


Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Tengku Adnan ditemui selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di Petaling Jaya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

muhid@penabara 24 January 2014 at 06:55  

tak habih2 dengan otak bodo yang nak menjahanamkan rakyat...haram betoi tahi judi tu

Sabina45 24 January 2014 at 08:27  

Kalau dah menteri sardin cap ayam dan kuah sayur kankong baginilah jadinya ada pula cadangan pengunaan minyak mengikut kasta seperti di India pula apakah tidak ada ilmu ke mereka yang diberi amanah olehrakyat ini , kalau hendak beri subsidi beri kepada semua kalau tidak hapuskan semua biar semua bayar sama rata seperti negara jiran tidak pilih bulu, sekarang ini pun bukan semua rakyat dapat nikmat subsidi itu bahkan rakyat asing juga dapat beli dengan harga subsidi melalui orang tengah yang ingin cepat kaya,hapuskan terus subsidi biarkan semua merasa dan membeli dengan harga yang serupa dan pihak penguatkuasa tidak lagi akan pening kepala untuk meminkir bagaimana hendak benteras penyeludupan minyak bersubsidi. memang bodoh punya menteri.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP