Monday, 1 August 2016

Abang Long Fadhil 'Eksiden' Lagi..

KEADAAN kereta yang dinaiki Abang Long Fadhil bersama keluarga


Johor Bahru: Selepas terbabit kemalangan 10 hari lalu, penceramah bebas, Muhamad Fadhil Husin, 29, atau dikenali sebagai Abang Long Fadhil berdepan sekali lagi detik cemas apabila kereta Perodua Myvi dinaiki bersama dua ahli keluarganya terbabit kemalangan.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, kereta mangsa dikatakan terbabas di Kilometer 44.4, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Simpang Renggam di sini.

Difahamkan tiga sekeluarga itu dalam perjalanan pulang bercuti dari Melaka ke Singapura sebelum terbabit nahas.

Kemalangan itu mengakibatkan Abang Long Fadhil mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibunya pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menjalani imbasan X-ray di Hospital Enchee Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Razak Md Said berkata, kemalangan berlaku selepas kereta Myvi dinaiki penceramah itu cuba mengelak lopak air dan terbabas ke kiri jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan mangsa melanggar tembok tanah di kiri jalan sebelum terbalik beberapa kali. Kereta itu kemudian terhumban dan terbalik di dalam longkang.

“Sebuah kereta lain dari arah belakang bertindak berhenti di lorong kecemasan untuk memberikan bantuan,” katanya.

Malangnya sebuah treler yang berada di laluan sama cuba mengelak sebelum melanggar kereta berhenti itu.

“Pada masa sama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima dan kereta Proton Wira turut merempuh kenderaan di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Myvi cedera di bahagian kepala, manakala ibunya mendapat kecederaan pada bahagian kaki,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, Abang Long Fadhil luka di kepala dan tangan kiri selepas Perodua Myvi dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan Proton Satria di susur masuk Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka, pada jam 2 pagi.


ABANG Long Fadhil (kanan) duduk di tepi lebuh raya selepas terbabit kemalangan


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

cikgu 1 August 2016 at 18:26  

Menemui kemalangan ke terbabit dengan satu kemalangan.

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP