Monday, 22 August 2016

Isu MO1: MP Langkawi 'Ditegur' Sepupu SPBYD Agong

Jangan babitkan Yang di-Pertuan Agong dengan isu politik

Gambar fail, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berkaitan penafian hina Sultan berkaitan isu MO1 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 19 Ogos lalu. - Foto NSTP/ Muhammad Hafis Nawawi


ALOR SETAR: Semua pihak digesa tidak melangkaui batas dengan menarik pihak istana, terutama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, ke kancah politik tanah air.

Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah, Syed Idrus Syed Baharom, berkata pihaknya kesal kerana ada pihak sesuka hati 'bermain-main' dengan pihak istana, sehingga menyamakan taraf Yang di-Pertuan Agong dengan pihak lain.

"Kita sebagai rakyat kena faham, adakah layak Yang di-Pertuan Agong dipermainkan. Tuanku adalah Ketua Pemerintah negara dan bukannya pentadbir.... maka mengapa perlu babitkan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong).

"Ramai yang tidak kenal siapa Yang di-Pertuan Agong dan alim ulama, semuanya hendak dikaitkan. Ini amaran keras kepada semua rakyat dan kami tidak mahu dengar lagi perkara sedemikian," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kononnya Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, Nawawi yang membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang di Selangor, kelmarin, menafikan dakwaannya itu.

Kenyataan dimuat naik Nawawi itu turut diselar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kedah yang menggesa Ahli Parlimen Langkawi itu membuat permohonan maaf kerana mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan isu 1MDB.

Sumber - SINI


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP