Kota Belud: Dua guru mati manakala seorang guru lain bersama lima murid dan dua kru bot terselamat selepas bot dinaiki karam di muara sungai Rampaian Laut, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian 3.40 petang tadi, identiti guru berkenaan bersama mangsa yang lain belum dikenal pasti dan semua mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman berkata, sebaik menerima panggilan kecemasa 3.45 sepasukan bomba dari BBP Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Laporan awal mendapati bot yang menuju ke Pulau Mantanani dilaporkan karam dan terdapat 10 mangsa berada di atas bot berkenaan.
"Lapan mangsa sudah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut manakala dua mangsa disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan dari Rampayan Laut menuju ke Pulau Mantanani bagi sesi persekolahan esok.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment