Tuesday, 16 August 2016

'Tuhan Harun' Meninggal Dunia

HARUN ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan. FOTO arkib NSTP


Kuantan: Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), hari ini.

Harun yang mengalami angin ahmar sejak 2013 meninggal dunia pada 4.30 petang ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital terbabit.

Peguam Harun, Hermes Putra Media berkata, Harun dimasukkan ke HTAA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan keupayaannya memberi keterangan di mahkamah.

"Saya dimaklumkan beliau terpaksa diberi bantuan pernafasan berikutan kekurangan oksigen.

"Bagaimanapun saya belum lagi mendapat maklumat terperinci punca kematiannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harun sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November 2013.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP