Tuesday, 16 August 2016

Nik Amar: Hanya PAS, PKR Boleh Bertanding Di Kelantan



KOTA BHARU: PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

“Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang). (Jadi) jangan kacaulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Amanah, parti serpihan PAS, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Ditanya mengenai ancaman Amanah di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.

“Kami setakat ini boleh tidur lena lagi,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP