Friday 12 August 2016

Bapa Emma Maembong Cedera Diserang



KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon wanita popular, Emma Maembong cedera ditetak selepas rumahnya disamun di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian pada 4 petang itu mangsa, Ismail Embong, 68, duduk berseorangan di rumah sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang.

"Suspek terus meminta barangan berharga dan mangsa telah menyerahkan wang dan cuba melawan sehingga bergelut.

"Berikutan pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan kerana ditetak di tangan kiri dan kepala lalu melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rusdi berkata selepas mangsa melarikan diri, suspek kemudian meninggalkan rumah dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh jirannya bagi mendapatkan rawatan.

Kataya, siasatan lanjut dan jumlah kerugian masih disiasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP