Saturday, 8 April 2017

MCA Pertikai Kenapa DAP Tidak Lawan RUU355

Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP


Usul pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat semalam telah mencetuskan perang mulut antara MCA dan DAP.

MCA mendakwa dua wakil rakyatnya begitu lantang menentang usul itu semasa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyampaikan ucapan menyokong, manakala tidak ada seorang pun ahli parlimen DAP bangkit berbuat demikian.

"Walaupun MCA hanya mempunyai tiga penyokong kerajaan, dua ahli parlimen MCA - Anggota Parlimen Tebrau Khoo Soo Siang dan Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong berpendiriah teguh dan mencabar usul PAS itu dengan melemparkan soalan.

"DAP mempunyai 36 ahli parlimen tetapi senyap atau tidak kelihatan. Di mana mereka?" soal MCA di media sosial semalam.

Takiyuddin menyampaikan ucapan menyokongnya selepas Hadi membentangkan usul yang bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.

Had semasa hukuman jenayah syariah adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Khoo, yang mencelah semasa ucapan Takiyuddin berkata, masyarakat bukan Islam melihat usul Hadi sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, manakala Koh menyoal sama ada pindaan itu bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan mengenai isu kesamarataan di sisi undang-undang.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon juga mendakwa bahawa tidak ada ahli parlimen DAP bersuara di Dewan Rakyat semasa sidang semalam.

"Kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, malah tidak ada di dalam Dewan," kata Chong dalam akaun Facebooknya.

Warga maya, bagaimanapun menyangkal dakwaan MCA itu, dengan berkata Kit Siang dan rakannya Gobind Singh Deo, cuba menghalang Hadi daripada membentangkan usul itu walaupun sebelum ahli parlimen Marang sempat membacakannya.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

kelab belau 11 April 2017 at 06:46  

Yg mana betoi neh...
Org dok kata DAP anti 355...
Kenyataan rasmi MCA pulok...
MCA kata x pa...yg kena lunyai dap...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP