Wednesday 12 April 2017

Rafizi Dedah Nama Pemimpin PAS Terima Dana 1MDB Esok


Setelah seminggu yang penuh teka-teki, identiti bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana 1MDB daripada pemimpin Umno akan didedahkan esok.

Naib Pengerusi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan itu akan dibuat dalam sidang media pada jam 1 petang secara langsung di Facebook beliau.

“Saya akan menamakan tokoh bekas pimpinan PAS yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Datuk Seri Najib yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1 petang esok (Khamis, 13 April 2017) yang akan disiarkan secara #FBLive di laman Facebook saya,” katanya.

Sehari selepas itu, beliau berkata akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Rafizi minggu lepas tampil dengan dakwaan mirip yang dibuat oleh laman pendedah maklumat Sarawak Reportdan bekas naib presiden PAS yang menyertai parti lain Datuk Husam Musa.

PAS telah menafikan kesemua dakwaan di atas.

Individu itu, menurut Rafizi pernah ditegur oleh bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, termasuk kerana mahu menjadi jambatan Umno-PAS.

Najib juga menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Rafizi dalam kenyataannya hari ini berkata beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakannya itu.

Beliau sekali lagi menegaskan niatnya supaya rakyat mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan dalam negara.

“...agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil,” katanya.







PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP