Wednesday, 13 March 2013

Azmin bidas WikiLeaks, gesa jangan salahkan Anwar

PETALING JAYA - Menjawab mengenai spekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan tidak lama lagi ekoran dakwaan pembabitannya dalam insiden di Lahad Datu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut membidas WikiLeaks menegaskan, ia perkara lumrah apabila Ketua Pembangkang itu sering dikaitkan dengan pelbagai masalah dan isu negara.

"Sudah berbelas-belas tahun semua masalah diletakkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Maka kita minta rakyat bangkit untuk menyatakan pendirian mereka memberi amaran yang keras kepada pimpinan politik kerajaan pusat, jangan bermain politik tetapi menumpukan kepada usaha menangani isu keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Azmin, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk mengalihn perhatian daripada isu sebenar yang dalam kes Lahad Datu ini, jelas gagal ditangani oleh kerajaan.

"Untuk menutup kelemahan diri, pihak berkenaan cuba menyalahkan pimpinan Pakatan.

"Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru," kata Azmin.

Azmin berkata, beliau turut berhadapan tindakan sama apabila dipanggil petang ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kononnya dikaitkan dalam isu Sabah.

Azmin turut menyangkal keras laporan WikiLeaks kononnya Anwar punya hubungan dengan Nur Misuari.

"Semua pimpinan bertemu dengan Nur Misuari, jangan mereka cuba menafikan. Tetapi cubaan hendak mengaitkan dengan insiden yang berlaku itu sebagai sesuatu yang melampau," tegas Azmin.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, laman web WikiLeaks pada 2007 pernah mendedahkan Misuari yang merupakan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ketika menjadi tahanan di rumahnya pernah mempunyai hasrat untuk

menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel itu turut mendedahkan pemimpin Kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino sebagai berkata, Malaysia bimbang terhadap niat Misuari yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

Malah katanya, Malaysia juga bimbang tentang hubungan Anwar yang disifatkan sebagai 'rakan lama' Nur Misuari.

-sinarharian.com


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP