Saturday, 16 March 2013

Serang kereta Tian Chua, Umno BN makin ganas – AMK

KUALA LUMPUR 14 Mac: Tindakan liar menyerang kereta Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua bukan perkara asing bagi Umno BN yang membawa budaya samseng dan ganas, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin.

Beliau berkata, siri-siri keganasan dianjurkan Umno dan NGO yang rapat dengan parti itu, bertujuan menakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).


“Hakikatnya mereka silap, bukan sahaja pendokong PR tidak takut, bahkan sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah.

“Rakyat Malaysia menolak budaya ganas yang ditaja Umno BN kerana budaya ini gagal memberi kesan positif kepada masyarakat, selain merosakkan kemudahan awam,”

“Contohnya, Jumaat lepas, ahli NGO pro Umno BN berdemonstrasi di Komtar dan merosakkan harta benda awam,” ujarnya ketika dihubungi.

Afif mengulas tindakan sekumpulan lelaki mendakwa mewakili pelbagai NGO yang bertindak menendang, menumbuk dan membaling topi keledar dan botol air ke kereta Tian Chua.

Kejadian itu berlaku ketika ahli parlimen Batu itu meninggalkan Dewan Himpunan Cina Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran KEADILAN.

Pada 11 Mac lalu, sekumpulan 30 samseng Umno turut menyerang ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya dengan membaling batu dan telur.

Menurut Afif, perbuatan ganas seperti ditunjukkan penyokong Umno BN bukti parti itu semakin takut kehilangan kuasa.

“Semakin dekat Pilihanraya Umum (PRU), semakin ganaslah penyokong Umno BN kerana mereka gagal menerima hakikat hayat Umno BN makin hilang,” katanya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP