Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), berkata cawangan di Putrajaya boleh menjadi cawangan pertama di dunia yang tidak menjual arak.
"Kita membenarkan hiburan yang tidak menjolok mata, memberahikan serta merangsang orang.
"Malah Hard Rock Cafe boleh memainkan lagu nasyid, apa salahnya," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat bermaksud baik ketika mengemukakan cadangan untuk membuka cawangan restoran itu di Putrajaya.
"Tan Sri Aseh hanya ingin melihat lebih banyak pelabur asing di Putrajaya. Dia tidak mahu menghalau mereka," katanya.
Hard Rock International yang memiliki rangkaian di seluruh dunia itu berkata, mereka tidak mempunyai rancangan untuk membuka cawangan baru di Malaysia dan enggan memberi kenyataan mengenai isu tersebut.
"Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat termasuk mengenal pasti serta mengkaji pasaran dengan mengambil berat tentang budaya tempatan dan permintaan pasaran sebelum membuka cawangan baru.
“Pengumuman pembukaan cawangan baru hanya akan dilakukan oleh Hard Rock International sendiri dan bukan pihak ketiga," kata syarikat itu dalam kenyataan daripada ibu pejabatnya di Orlando, Amerika Syarikat.
Tengku Adnan berkata, selain Hard Rock, beberapa sekolah antarabangsa, hospital swasta dan taman tema juga pernah mendekati perbadanan itu untuk mencari peluang perniagaan.
"Jangan memutar belit, kita bukan seperti negara barat, kita mengamalkan budaya timur di sini," katanya.
Aseh mengumumkan dalam akaun Facebooknya dua hari lalu bahawa Hard Rock Cafe tidak akan membuka cawangan di Putrajaya kerana pusat pentadbiran itu tidak membenarkan premis menjual arak dan hiburan. - tmi
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment