Friday 4 October 2013

RM 67.61 million wang rakyat bagi satu acara: WAJAR?

Pendedahan yang dibuat menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2012 bukanlah perkara yang mengejutkan buat rakyat Malaysia, yang sudah tidak yakin lagi dengan kesungguhan Kerajaan UMNO-BN untuk membanteras rasuah dan mengukuhkan lagi kebertanggungjawaban pentadbiran.

Ini telah menjadi satu fenomena tahunan, yang mengundang banyak retorik dan janji-janji kosong daripada Kerajaan namun akhirnya tiada tindakan diambil dan kesilapan sama berulang.


Pendirian kami ialah meskipun diadakan begitu banyak mekanisme semak dan imbang, ataupun audit tiga kali setahun tidak akan menyelesaikan masalah ini, apa yang diperlukan ialah keazaman politik Kerajaan untuk menguatkuasakan mekanisme semak dan imbang tersebut.

Malangnya, Kerajaan telah berkali-kali gagal dalam ujian kebertanggungjawaban ini.

Saya mengalu-alukan pendirian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di atas pendiriannya di dalam hal ini dan kesediaannya menerima tanggungjawab bagi pihak Kementeriannya, meskipun perbelanjaan yang dipertikaikan ini berlaku sebelum beliau mengambil alih jawatan tersebut.

Saya ingin mengetahui adakah Menteri bersedia menjamin rakyat Malaysia bahawa Kementeriannya tidak lagi akan terperangkap di dalam perbelanjaan yang dipertikaikan seperti ini apabila Laporan Audit 2013 akan dibentangkan pada 2014 nanti, terutamanya bagi tempoh selepas Mei 204 apabila beliau dilantik menjadi Menteri.

Kewajaran membelanjakan RM 67.61 million wang rakyat bagi satu acara seperti Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan, apabila kesan positif jangka panjangnya terhadap anak muda boleh dipertikaikan. Berapa banyakkah wang tersebut memberi kesan secara langsung kepada anak muda yang sepatutnya menerima manfaatnya, dan berapa banyakkah pergi ke syarikat pengurusan acara yang mengaturkan program tersebut?

Hakikatnya RM67.61 juta boleh digunakan untuk memperbaiki kedudukan dan memberikan manfaat kepada anak muda negara. Wang tersebut boleh digunakan untuk kemudahan sukan, pemerkasaan diri dan inisiatif-inisiatif lain yang mampu memberi kesan yang berpanjangan di kalangan generasi muda.

Sementara laporan Ketua Audit Negara mungkin menarik perhatian terhadap pembaziran dan kegagalan sistemik, ini juga merupakan peluang yang baik untuk Kerajaan memikirkan semula pendekatan dasar dan kesannya terhadap rakyat Malaysia yang biasa.

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
ADUN SERI SETIA


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP