Thursday 2 January 2014

Mahathir: Peserta mahu buat masalah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan haram yang diadakan pada sambutan ambang tahun baharu malam tadi dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.

Katanya kumpulan yang menghadiri perhimpinan berkenaan sengaja ingin menimbulkan masalah kepada majoriti orang ramai yang tidak terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.


"Sebagai negara demokratik, memanglah kumpulan minoriti juga mempunyai hak. Tapi, mereka tidak mempunyai hak untuk mengganggu kehidupan kumpulan majoriti yang mahu menyambut tahun baharu, demokrasi apakah ini?" katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.

Malam tadi, beribu-ribu penunjuk perasaan mengganggu sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka di sini sehingga memaksa majlis itu ditamatkan lebih awal.

Dr Mahathir berkata penunjuk perasaan terbabit menafikan hak asasi kumpulan majoriti dengan melakukan perbuatan itu pada waktu dan di tempat yang salah.

"Kalau nak buat juga, buatlah di tempat lain, jangan ganggu orang lain...kumpulan minoriti memang ada hak, tapi jangan gunakannya dengan menafikan hak kumpulan majoriti," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas tentang 11 langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam, Dr Mahathir berkata beliau gembira dengan langkah itu.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP