Thursday, 2 January 2014

Harussani - Darah Peserta Demo Halal..

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golonganbughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.


Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP