Mahathir Komen Anwar Menyanyi 'Sabah nak Hilang'!! Anwar kot yang bagi ic percuma kat Sabah.. hehehe
MARANG – Lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya dan dinyanyikan semula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan seolah-olah ketua pembangkang itu cuba memutarbelitkan keadaan untuk keuntungan dirinya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, justeru, beliau khuatir dengan gelagat Anwar terutamanya selepas Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.
“Bila dia (Anwar) berjumpa dengan Nur Misuari, dia sering berkata BN (Barisan Nasional) akan hilang… bukan kalah. Hilang Sabah… Jadi, apa yang dimaksudkannya dengan hilang?
“Apakah Sabah akan ‘terlepas’ dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah? Cara dia bercakap ini memang nampak dia cuba untuk putar belit bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
Sementara itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak pernah yakin dengan sebarang janji yang ditaburkan Anwar termasuk terhadap penduduk Sabah sebelum ini.
“Dia pernah berjanji dengan (rakyat) Sabah untuk menyemak segala tuntutan termasuk bagi 10 peratus (royalti) minyak kepada Sabah. Macam-macamlah. Tapi semua ini janji. Apa yang boleh dilakukannya saya tak yakinlah,” katanya.
“Tapi inilah Anwar. Semasa dia ada dalam kerajaan, saya pun hairan macam mana saya boleh percaya kat dia. Dia penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu.
“Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam,” ujar beliau.
Sunday, 10 March 2013
Akal Mahathir Dah Setaraf Macai Umno..
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment