ALOR GAJAH, 3 Mac – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab sekiranya beliau mempunyai kaitan dengan insiden pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor menjanjikan kuasa autonomi kepada Sabah jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Warga dan Generasi Baru Felda Wilayah Segamat di Felda Tun Ghaffar Machap di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media asing mengenai pencerobohan di Lahad Datu, The Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas “jemputan” seorang ahli politik pembangkang Malaysia.
The Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk member autonomi kepada Sabah jika mereka menang.
- umno-online
The Day of Resurrection : Resurrection
1 day ago
0 comments:
Post a Comment