PETALING JAYA - Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang Jumaat lalu mengejutkan ramai dengan kenyataan berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai PKR.
Menurutnya, penyertaan yang dibuat hari ini adalah tepat pada masanya dan secara kebetulan.
Beliau berkata, sejak tahun 1998 lagi telah mengikuti pergerakkan PKR dengan minat yang mendalam.
"Tujuan saya hadir adalah dengan niat murni untuk serahkan borang permohonan saya sebagai ahli PKR. Sebenarnya saya sudah lama suka perjuangan dalam PKR, sejak tahun 1998 lagi.
"Jadi hari ini secara kebetulan dan tepat pada masanya saya sertai PKR," kata beliau kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajin Ukin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
Azlan juga disarungkan jaket dan topi berlogo PKR oleh Saifuddin sekali gus mengumumkan beliau sebagai ahli PKR.
Mengulas lanjut, Azlan juga berkata telah bersedia menghadapi sebarang risiko dan implikasi yang bakal dihadapinya setelah menyertai PKR.
Azlan juga berkata, dengan menyertai Anwar mempunyai isu tetapi di pihak lain tidak akan mempunyai isu. Saya ada hak nak buat keputusan untuk diri saya, saya sudah fikir dan implikasi yang saya hadapi.
"...penyertaan dalam parti politik PKR, kebetulan dipimpin oleh Anwar, jika sebelah sana mesti tak ada isu," katanya lagi.
Monday, 11 March 2013
Bapa Saiful Sertai PKR..
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment