Tuesday, 5 March 2013

Blogger Umno Kutuk Hishamuddin

AKIBAT TAMAK KUASA MAKA MELAYANG LA NYAWA ANGGOTA POLIS YANG TIDAK BERDOSA!


Aku menyokong penuh dengan keputusan PM untuk menyerang kumpulan pengganas yang menyerang Lahad Datu, malah Menteri Luar Filipina bersama-sama Anifah Aman juga telah mengatakan mereka ini adalah kumpulan terrorist atau pengganas bukan macam Hisham kata mereka bukan Pengganas!

Hisham gagal sebagai Menteri Dalam negeri, ini adalah hakikat! Maaf, walaupun pahit tetapi demi kedaulatan negara memang Hisham tak layak menjaga kementerian dalam negeri! Aku mahu Hisham bertanggungjawab atas kematian 8 anggota polis! Kalau tidak kerana kecuaian dia maka tidak ada nyawa polis yang terkorban.

Oh ya! Aku juga nak mengingatkan anggota polis yang terkorban tu janganlah dinaikkan pangkat sahaja seharusnya mereka dibayar pampasan sepertimana yang arwah Noramfaizul dapat. Mereka terkorban kerana Menteri dan KPN cuai dan tak tahu nak buat keputusan.

Aku juga difahamkan Menteri KDN yang kuat bagi Amaran ni membuat semua keputusan tanpa melalui mesyuarat Kabinet mahupun mesyuarat Majlis Keselamatan Dalam Negeri, jadai dalam isu ini PM tidak boleh disalahkan kerana Menteri KDN membuat keputusan sendiri hingga terkorbannya nyawa anggota polis.

Seharusnya keluarga anggota polis yang terkorban ini dibayar pampasan yang sewajarnya, lagi patut kalau dipotong gaji menteri KDN dan diberi kepada mereka, sebab kalau dia tak fumble maka tidak akan terjadi la perkara sebegini. Biar ini menjadi pengajaran buat semua! Power comes with responsibility.

Jangan ambil perkara ini mudah, dah 8 nyawa melayang, kena ada pihak yang bertanggungjawab dan kalau Menteri KDN ni betul jantan maka dia perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dia dan dia juga wajib bawak KPN Ismail Omar bersama dia. Damage has been done!

Berundurlah demi kesejahteraan Negara!

AKU MENYOKONG PENUH UMNO DAN BN TAPI AKU TAK SOKONG HISHAM!

Dipetik dari - Blog Pencacai


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP