Tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Beliau sebelum ini terlibat sejurus sahaja selepas menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penginapannya di Chennai, India.
"Tiga (arteri) tersumbat dalam jantung saya, sekarang saya perlu mengambil ubat," kata Bala ketika ditemui Malaysiakini di wad sebuah hospital jantung swasta di Lembah Klang semalam.
PI Bala ditampilkan dalam beberapa siri ceramah pembangkang bagi menjelaskan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak yang rapat dengannya dalam beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhaan Altantuya dan dakwaan penutupan kes itu.
Bala menjelaskan, beliau pada mulanya rasa tidak kena semasa kempen di Kota Bahru pada 1 Mac lalu sebelum mengambil ubat penahan sakit tetapi kesihatannya OK selepas itu.
Bagaimanapun keesokan harinya ketika dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur keadaan itu kembali semula tetapi dia terus terlibat dalam program lain di Damansara.
Kesihatannya memburuk malam itu.
"Saya rasa sangat letih, saya tidur, kemudian pagi esoknya kira-kira jam 5 pagi saya tidak dapat bernafas, tetapi jika saya duduk (saya bernafas) OK, jika tidur tidak boleh," jelasnya.
Tuesday, 12 March 2013
Jantung Sumbat Punca Bala Henti Jelajah
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment