Wednesday, 6 March 2013

Makcik Lembu Baru Bangun Tidur

Shahrizat desak Wan Azizah jawab dakwaan pencorobohan

IPOH, 6 Mac – Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawab dakwaan mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau berkata dakwaan itu perlu dijawab memandangkan peristiwa itu melibatkan aspek keselamatan negara.

“Saya nak tanya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah mengenai apa yang didakwa oleh media luar negara, adakah betul atau tidak, kerana kita juga mahu tahu, kalau betul maka tindakan harus diambil.

“Saya tidak buat tuduhan, saya mahu tanya betul atau tidak pembabitan pemimpin pembangkang jadi dalang dalam tragedi itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis solat hajat dan tahlil bersama-sama keluarga komando VAT 69 di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ulu Kinta, dan Presiden Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Datin Rosnani A. Latif.

Shahrizat turut mendesak Naib Presiden PKR Tian Chua memohon maaf kepada seluruh warga pasukan keselamatan berhubung kenyataannya yang dilapor menyifatkan pencerobohan itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakutkan rakyat.

Melahirkan rasa pelik kerana pencerobohan di Sabah berlaku ketika negara berada di ambang pilihan raya umum ke-13, Shahrizat berkata ini mungkin kerana pembangkang melihat Sabah sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP