PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak akan ada lagi amaran terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan dan kestabilan di negara ini.
"Waktu untuk amaran sudah berakhir... tindakan tegas akan diambil," katanya, sambil menambah bahawa "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati" dan maka adalah wajar dengan melakukan tindakan segera.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika dihubungi berhubung kejadian perhimpunan haram di seluruh negara yang mengecam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan penangkapan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim baru-baru ini atas dakwaan kenyataan berbaur hasutan dibuat pada forum 13 Mei di Kuala Lumpur.
Pada Jumaat lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya mengenai perhimpunan haram yang diadakan di stadium pada 8 Mei lalu.
Pada Ahad, kenyataan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus dirakamkan oleh polis Seremban berhubung perhimpunan yang diadakan di Oakland Commercial Park pada Jumaat.
Dr Ahmad Zahid berkata, polis telah mengenal pasti individu-individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan akan ada lagi banyak tangkapan.
Ditanya sama ada amaran beliau meliputi perhimpunan di seluruh negara, Dr Ahmad Zahid berkata, mereka ini termasuk individu-individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di tempat-tempat lain, seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baru.
"Kami telah mengenal pasti mereka yang terlibat dan polis akan mengambil tindakan serta-merta. Jangan terkejut jika terdapat lebih banyak tangkapan yang dibuat," katanya.
Beliau menambah, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi sekiranya ia mendatangkan kesan kepada keselamatan dan keselamatan rakyat.
"Kami melihat perkara yang mempengaruhi rakyat yang menyebabkan kekacauan adalah amat serius," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Adam Adli telah ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan ditangkap kerana menghasut.
Beliau berkata, perintah reman adalah untuk membantu polis menyiasat kenyataan oleh aktivis pelajar itu dibuat pada forum 13 Mei di Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
"Beliau telah ditahan di Bangsar pada pukul 3.15 petang pada Sabtu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuat dalam forum itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
- mStar
Monday, 20 May 2013
Waktu untuk amaran sudah berakhir.. tindakan tegas akan diambil
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment