Monday, 20 May 2013

GST Hadiah BN Kepada Rakyat

SEPERTI yang dijangkakan sebelum PRU13, Kerajaan BN akan melaksanakan GST bagi menambah pendapatan negara dan kini ternyata benar. Kemenangan BN yang telah diberi mandat oleh rakyat dibalas dengan kenaikan cukai.

Menurut mereka, ia adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan negara. Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan BN mencadangkan untuk mengurangkan cukai persendirian dan syarikat tapi adakah dengan mengurangkan dua cukai ini akan mengelakkan kenaikan harga barang keperluan harian?

Tiadakah cara lain untuk meningkatkan pendapatan negara. Adakah sektor pelancongan tidak menguntungkan? Adakah sektor pembuatan tidak menguntungkan? Adakah kelapa sawit, minyak dan gas galian yang ada di sabah serta di beberapa negeri lain tidak cukup?

Bagaimana pula dengan pelabur-pelabur asing yang melabur di Malaysia? adakah semuanya tidak mencukupi? Apa sebenarnya yang berlaku dengan ekonomi Malaysia sehinggakan rakyat dijadikan tempat untuk meminta duit? Adakah menteri-menteri Malaysia tidak mampu berinovasi untuk meningkatkan pendapatan negara, selain menaikkan cukai?

Apa yang kita lihat di sini, GST atau Cukai Perkhidmatan Kerajaan akan mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan harian. Paling teruk terjejas adalah syarikat pengeluar. Mereka tiada jalan lain selain menaikkan harga barang keluaran mereka kerana kos operasi semakin meningkat.

Garam, gula, minyak masak, beras, sabun mandi dan ubat gigi adalah antara keperluan harian yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar. Syarikat-syarikat ini menggunakan elektrik, air, telefon dan material dari syarikat lain. Sekiranya cadangan kerajaan menaikkan cukai sebanyak 7% ini dalaksanakan, akhirnya rakyat sendiri yang akan terbeban.

Pendapatan penduduk kampung tidaklah sebanyak mana. Hanya cukup-cukup makan dan hampir tidak cukup. Sekiranya kenaikan harga barang bakal berlaku akibat cukai kerajaan ini, macam mana mereka akan menguruskan rumahtangga mereka? Bagaimana mereka memberi perbelanjaan kepada anak-anak sekolah jika pendapatan tidak cukup?

Adakah kerajaan BN tidak berfikir akan perkara ini? Inikah balasan BN kepada rakyat yang telah memberi mandat 5 tahun lagi untuk memerintah? Bagaimana pula dengan manefesto BN sebelum PRU yang mengatakan bahawa akan mengelakkan kenaikan harga barang keperluan.

Inilah yang dikatakan hanya mengejar kemajuan tapi kebajikan rakyat tidak dihiraukan.

Jika memang ini adalah satu cara yang terbaik kerajaan untuk menambah pendapatan maka ianya dilihat satu kepincangan kepada BN kerana gagal menambah pendapatan kerajaan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di muka bumi malaysia.

Rakyat juga berhak mendapat kemudahan yang sepatutnya termasuklah jalanraya yang beraspalt, bekalan air dan elektrik kerana jelas sehingga kini, kebanyakan jalan raya terutama di kawasan pedalaman Sabah sangat daif.

Rakyat hanya mampu berdiam. Rakyat hanya mampu mengeluh. Rakyat hanya mampu melihat apa yang BN lakukan tanpa boleh berbuat apa-apa. Tapi ingat, 5 tahun tidak lama.

Jangan harap rakyat akan memberi mandat kepada BN sekali lagi jika kebajikan rakyat tidak diambil perhatian serius. PRU 13 yang baru lalu telah menyaksikan kebangkitan suara rakyat Sabah dengan BN kehilangan beberapa kerusi DUN dan tidak mustahil BN akan tumbang di Sabah jika perkara ini tidak diambil perhatian serius.

- sabahkini.net

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP