Saturday, 18 May 2013

Zahid Hamidi Mula Tunjuk Belang. Adam Adli Ditangkap..

Aktivis pelajar Adam Adli ditangkap di Bangsar Utama hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Dalam ucapan ringkasnya, Adam berkata sepintas lalu bahawa dia kisah didakwa atas kesalahan menghasut berkaitan komennya pada malam tersebut.

Pelajar UPSI berusia 23 tahun itu sebelum ini disiasat kerana menurunkan bendera yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur tahun lepas.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP