Kuala Lumpur, 2 Mac - Dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembak menembak dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina dinaikkan pangkat, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dinaikkan pangkat kepada Asisten Superitendan Polis (ASP), dan Koperal Sabarudin Daud, 46, kepada Sarjan.
"Saya juga telah berbincang dengan (Timbalan Ketua Polis Negara) Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa sebagai pertimbangan istimewa kedua-dua perwira kita akan dinaikkan pangkat," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang dekat sini hari ini.
Najib berkata kerajaan dan pihak polis juga akan mempertimbangkan pemberian-pemberian yang lain, dan ia akan dimaklumkan kepada anggota keluarga Allahyarham Zulkifli dan Sabarudin, selepas proses urusan pengebumian.
"Kita tidak akan lupa jasa, budi serta pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh kedua-dua perwira negara kita," katanya.
Sementara itu, Khalid berharap kenaikkan pangkat dua anggota berkenaan dapat melegakan dan meringankan beban anggota keluarga.
"Bagi pihak Polis Diraja Malaysia, kami berasa bangga dan terharu dengan pengorbanan mereka," katanya.
Menyentuh mengenai keadaan di Lahad Datu, Khalid berkata maklumat berhubung situasi terkini hanya boleh dilakukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
"Perkembangan berkaitan isu di Lahad Datu tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua wira negara itu. - BERNAMA
Saturday, 2 March 2013
LAHAD DATU: DUA ANGGOTA POLIS KOMANDO YANG TERKORBAN DINAIKKAN PANGKAT
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment