Monday, 6 May 2013

Ahmad Bashah Terus Dirundung Malang.. Umno Tak Kenang Jasanya..

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu di Istana Anak Bukit di sini jam 3 petang ini.

Dipetik Star Online, Mukhriz berkata, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, akan menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.


"Watikah pelantikan dengan rasmi memaklumkan yang saya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu, Sinar Harian membawa laporan bahawa Mukhriz hampir pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana diumumkan oleh Najib kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah terlebih dahulu.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi.

Mukhriz yang sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun menewaskan penyandang kerusi Dun Ayer Hitam dari Pas, Abdul Ghani Ahmad.

BN berjaya merampas semula Kedah apabila memenangi 20 dari 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP