Satu pertubuhan silat menggelarkan penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai 'hantu raya' kerana didakwa menghina perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghasut golongan Cina untuk membenci kerajaan.
Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyebut, yang dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Adiwijaya Abdullah menyifatkan demikian dengan merujuk satu lagi laporan akhbar berhubung satu ucapan Lim di Ipoh.
Menurut Mingguan Malaysia, Lim didakwa menggelar Najib sebagai “syaitan”.
“Kalau dia (Lim) cakap perdana menteri kita sebagai syaitan, kita juga berani katakan dia adalah hantu raya yang paling besar sebab menghasut orang Cina untuk membenci kerajaan.
“Tiada orang Cina yang tak baik dengan kita, tetapi hasutan yang melampau telah menyebabkan mereka terpengaruh dengan DAP,” kata Adiwijaya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.
Menurut laporan tersebut, yang memetik satu lagi laporan akhbar semalam, Lim dalam ucapan di majlis di Dewan Chin Woo itu bertanya sama ada hadirin mahu “syaitan yang dikenali” kembali menjadi perdana menteri.
Lim juga bertanya, “siapakah syaitan yang dikenali” itu, yang dijawab kemudiannya disambut dengan laungan “Najib” oleh para hadirin, menurut laporan itu lagi.
Ia merupakan rentetan daripada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos tahun lalu yang cuba mempopularkan satu pepatah bahasa Inggeris, dalam satu tulisan yang meminta rakyat tidak menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau bagaimanapun terpaksa menjelaskan pepatah tersebut apabila Anwarmemulangkan paku buah keras dengan menyatakan bahawa Mahathir “mengakui bahawa mereka adalah syaitan
”.
Dalam penjelasannya, Mahathir berkata pepatah pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud
"lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".
0 comments:
Post a Comment