Saturday, 4 May 2013

Pakatan Tunjuk Kekuatan Ceramah Malam Ini

Tinggal 36 jam sebelum mengundi, Pakatan Rakyat malam ini terus menunjukkan kekuatan melalui jumlah kehadiran ceramah di pelbagai tempat di seluruh negara yang mendapat sambutan hangat.

Di Esplanade, Pulau Pinang lautan manusia memenuhi kawasan itu bagi mendengar ceramah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, mood di situ lebih ceria apabila Lim terlebih dahulu menyanyikan lagu yang liriknya menyentuh isu politik wang yang didakwa berlaku di beberapa kawasan.

Malah, kehadiran Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih menceriakan keadaan dengan cerita-cerita pendeknya yang lucu. 

Beliau kemudiannya meninggalkan Esplanade untuk ke satu lagi majlis di Tasek Gelugor.

Ceramah di Pulau Pinang itu dipercayai terbesar di Malaysia sepanjang tempoh berkempen ini. 

Setakat jam 12.26 tengah malam, kutipan derma dipercayai sudah mencecah angka lebih RM500,000 dan ia masih belum habis dikira.

Di Johor, beberapa ceramah besar berlangsung yang menyaksikan 4,000 orang hadir di Gelang Patah, 2,000 di Ayer Hitam dan 3,000 di Pasir Gudang.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP