Lapan ADUN UMNO Kedah angkat sumpah sebagai Exco. Dalam senarai Exco Kedah kali ini tiada Exco Cina kerana ketidaksudian MCA untuk menyertai kerajaan Persekutuan atau Negeri kali ini. Tidak ada juga Exco India kali ini kerana calon MIC tak menang, orang India Kedah pakat tolak MIC nak buat lagu mana. Akhirnya yang memerintah Kedah sekarang bukannya BN tetapi UMNO. Maka elok kita namakan kerajaan negeri Kedah sebagai Kerajaan UMNO Ar-Rasis.
Kononnya di kalangan Exco yang dilantik ada yang tiada kelulusan, maksudnya tiada ijazah atau sekurang2nya diploma. Betoi ka? Macamana orang takdak ijazah nak tadbir pegawai2 KCS yang berpelajaran tinggi? Biagpiilah kat depa tak takdak orang yang layak nak buat macam mana. BN menang di Kedah pun bukannya kemenangan yang bersih, menang akibat penipuan dan merasuah pengundi. Kemenangan mereka adalah kemenangan yang dibeli.
Tok Non nak ajak rakyat Kedah ingat balik janji UMNO masa kempen PRU dulu, kononnya akan ditunaikan dalam masa 100 hari. Meh kita senaraikan balik dan rakyat Kedah tengok adakah UMNO akan tepati atau capati janji mereka ini:
1. Nak tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat
2. Tidak benarkan bukan Islam guna kalimah Allah. (Kita nak tengok adakah pelajar2 bukan Islam terutama kat Sekolah Keat Hwa akan diharamkan nyanyi lagu 'Allah Selamat Sultan Mahkota')
3. Nak hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.
4. Menurunkan tarif air yang dinaikkan oleh kerajaan Pakatan dahulu sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.
5. Memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN kerana kononnya membazir dan tiada sambutan pelajar.
Banyak lagi janji depa buat dulu... Tok Non senarai 5 saja sebab Melayu mudah lupa, senarai banyak2 depa bukan nak ingat semua.
Pakat-pakat tunggu noo dalam masa 100 hari adakah 5 janji UMNO ini akan ditunaikan.
- Kedah La
Anwar fails to live up to promise and potential
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment