Wednesday, 1 May 2013

SPR Guna Dakwat Cap Ayam

KUALA LUMPUR: “Dakwat cap apa tu, kena goncang dulu baru boleh pakai. Kos beli dakwat habis 2.4 juta ringgit. Tak kan beli dakwat harga murah,” tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan di dalam facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan SPR berhubung dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal semalam mudah hilang dengan membasuh jari.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan menyatakan ekoran dakwaan itu pihaknya membuat beberapa ujian dan hasilnya jari dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal berbanding botol yang tidak digoncang.

Begitupun, beliau menegaskan setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi semalam tidak boleh mengundi sekali lagi pada 5 Mei dan SPR akan terus menggunakan dakwat itu pada hari pengundian.

Justeru, Nasrudin yang juga calon PAS bagi Parlimen Temerloh berharap tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan membeli dakwat tersebut.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP