Monday, 7 October 2013

Siasat Pihak Yang Hina PM Di Facebook

KUANTAN  -  Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pahang mendesak ‘parasit’ yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak di facebook disiasat pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya dikenakan.

Setiausahanya, Asrullah Affendi Abdullah berkata, MBFM menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai keterlaluan dan penghinaan kepada pemimpin negara.


Menurutnya, perkara itu bukan isu enteng dan tindakan sewajarnya perlu diambil supaya ia tidak terus berulang.“Atas pendirian itu, belia Felda diminta menyatakan sokongan dengan  membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

“Isu ini mampu membawa kepada sentimen perkauman sekiranya ia dibiarkan berterusan malah dengan teknologi sekarang, setiap orang begitu mudah memberi komen dan membuat suntingan gambar bagi tujuan memalukan dan menghina,” katanya.

Asrullah berkata, selain polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga digesa lebih giat menangani masalah jenayah siber.Dalam masa katanya, beliau meminta belia Felda supaya tidak terpengaruh dan terlibat dengan insiden seperti itu.

“Saya harap belia Felda bijak gunakan laman sosial yang ada dan tidak terlibat dengan jenayah siber yang mungkin memakan diri sendiri.

“Kami sebagai NGO yang prihatin dan sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan negara, menggesa polis membuka kertas siasatan dan membawa individu ini ke muka pengadilan,”katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna facebook telah memuat naik bahan yang dianggap menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bendera Jalur Gemilang dengan teknik pertindihan gambar.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP