Gerakan menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan atau menarik balik kenyataannya yang memberi gambaran lebih baik suspek ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.
Naib presidennya A Kohilan Pillay (kanan) berkata, kenyataan sebegitu boleh mewujudkan salah guna kuasa pihak polis dan membangkitkan kemarahan orang ramai yang merosakkan reputasi pasukan keselamatan itu yang makin terhakis.
"Dengan menggunakan dasar itu, kerajaan sekali lagi menunjukkan keangkuhan kepada pihak yang mahukan sebuah pasukan yang cekap, bukan yang disalah guna," kata Kohilan.
Menggelarkannya sebagai "menteri yang tidak wajar", beliau berkata, Gerakan dan parti lain yang berfikiran terbuka ragu-ragu dengan langkah memberikan lebih kuasa kepada pasukan polis.
Dalam sebuah program di Melaka pada Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.
"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.
Tuesday, 8 October 2013
GERAKAN Tekan Zahid Hamidi..
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment