Thursday, 5 May 2016

UPDATE TERKINI: Helikopter Bawa Rombongan Kenamaan Di Sarawak Terputus Hubungan



KUCHING: Sebuah helikopter membawa rombongan kenamaan dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam lalu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter berkenaan yang dipercayai turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian, sepatutnya di mendarat di Hangar Hornbill Skyways, di sini pada jam 5 petang tadi.

Difahamkan, juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pesawat berkenaan.

- bharian

Menurut Harian Metro, tidak ada hubungan dengan helikopter tersebut selama tiga jam.

Helikopter itu dalam perjalanan ke Kuching setelah berlepas dari Betong.

Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan, menurut Bernama.

Agensi berita itu melaporkan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.

Polis di Kuching juga dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu tidak lama lagi.

Mengikut maklumat belum disahkan, salah seorang penumpang adalah seorang timbalan menteri dan seorang pengerusi agensi kerajaan yang juga anggota parlimen BN.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP