Monday, 2 May 2016

'Saya Selamat, Al-Fatihah Buat Sahabatku Azhar...'



HO CHI MINH - Rakan sebilik kepada warganegara Malaysia yang mati dibunuh di bilik hotel di Ho Chi Minh pada 28 April lalu, telah muncul setelah dilaporkan hilang. 

Mohamad Zulfaeez Khalid, 31, yang dilaporkan hilang selepas kejadian rakannya, Mohd Azhar Abdull Wahab, 33, mati dibunuh, tampil di Balai Polis Chiang Mai dengan untuk membantu siasatan. 

PERJALANAN TERAKHIR, HO CHI MINH, VIETNAM

"Assalamualaikum semua kawan-kawan dan rakyat Malaysia. Saya Mohamad Zulfaeez bin Khalid sekarang berada di Balai Polis Chiang Mai dengan Selamat. 

"apa-apa informasi boleh hubungan Mr Roger Dennerley, Forigner police officer in Chiang Mai 66 850 200 100. Sekarang tengah menunggu respond dari Kedutaan Malaysia. Segala bantuan amat dihargai. Semoga segala urusan dipermudahkan. Al-fatihah buat sahabat aku Mohamad Azhar bin Abdull Wahab @ Are Disorder Up The Punk!!" katanya di laman Facebook. 

Terdahulu, pihak media tempatan Vietnam mendakwa, Zulfaeez disyakit terlibat dalam kes tersebut berikutan ketiadaannya bersama dengan mangsa. 

Dalam perkembangan terkini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau akan berbincang dengan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membantu waris mangsa termasuk urusan membawa waris mangsa ke Viet bagi proses menuntut jenazah Mohd Azhar. - PIXEL MEDIA

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP