SHAH ALAM – Selangor perlu membuat sebarang keputusan termasuk pemilihan calon menteri besar sebagai sebuah negeri di bawah PR, bukannya keputusan parti PKR, DAP atau Pas secara berasingan.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malek berkata, beliau melihat PR mempunyai mekanisme untuk membuat keputusan dalam usaha mencapai keputusan bersama.
Menurutnya, selepas keputusan dibuat sama ada menteri besar daripada PKR atau Pas, semua pihak perlu reda dengan keputusan tersebut.
“Dalam isu ini, Selangor bukan milik PKR, milik Pas atau milik DAP semata-mata tetapi ia ditadbir bersama oleh PR.
“Apa pun keputusan yang dibuat di peringkat PR, saya rasa setiap komponen sama ada PKR, DAP ataupun Pas kena terima semua itu sebagai semangat satu pasukan,” katanya.
Mazli berkata, kontroversi pemilihan tersebut hanya perkara biasa yang pasti akan dapat diselesaikan memandangkan Selangor adalah negeri yang sentiasa menjadi tumpuan umum.
“Ada negeri lain pun belum selesai, saya rasa Selangor esok lusa angkat sumpah. Itu perkara biasa dalam sebuah persepakatan sama ada setuju atau tidak. Cuma sejauh mana media mengambil isu tersebut,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan, selepas selesai isu pelantikan Menteri Besar Selangor, akan timbul lagi isu lain membabitkan negeri Selangor.
“Terengganu pun ada masalah tetapi media tidak perbesarkan isu, berbanding Selangor yang jadi tumpuan, apa sahaja yang berlaku akan dapat liputan. Isu kecil akan jadi besar.
"Lepas selesai isu menteri besar, isu lain selepas ini pula akan jadi tumpuan,” katanya.
Monday, 13 May 2013
Selangor Negeri PR, Bukan Negeri PKR..
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment