Katanya, kenyataan itu berdasarkan berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan.
Harussani dalam satu wawancara disiarkan akhbar Sinar Harian berkata, kenyataan itu juga berdasarkan ayat al-Quran bahawa darah golongan itu halal kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan dan membahayakan orang lain.
“'Bughah' atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan.
“Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat al-Quran itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah.
“Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman?,” katanya dalam wawancara itu.
Beliau berkata, kenyataan itu berpandu kepada surah al-Hujurat, Ayat 9 - “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang; maka damaikanlah di antara kedua-duanya;
“Jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah;
“Jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya yang membacakan semula tafsir ayat tersebut.
- Malaysiakini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment