Friday, 10 January 2014

Menteri Cap Ayam Nafi Letak Jawatan

Desas desus Datuk Seri Hasan Malek akan melepaskan jawatan dalam Kabinet dinafikan Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Kenyataan ringkas pejabat menteri itu, menyatakan perkara digembar-gemburkan dalam blog dan Facebook sejak malam tadi tidak benar sama sekali.


Beberapa laman sosial melaporkan ada menteri akan melepaskan jawatan dalam Kabinet dan pengumumannya akan dibuat Isnin ini.

Berikutan itu, ada yang menjangkakan menteri tersebut adalah Hasan dan ada pula meramalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga CEO Pemandu.

Kedua-dua mereka jadi kritikan ramai ekoran isu kenaikan harga barang.

Ada laman sosial mendakwa sumber terdekat keluarga Hasan memaklumkan peletakan jawatan itu secara sukarela bagi mengelak jadi liabiliti kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dihubungi sendiri bnbbc.my, Hasan memaklumkan beliau sedang berada di luar negara dan minta merujuk perkara itu kepada Setiausaha Akhbarnya Mohad Kamel Othman yang kemudian mengeluarkan kenyataan penafian berkenaan.

–bnbbc.my


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP