Tuesday, 19 April 2016

Akaun Facebook Dr. Vida Digodam Dengan Pautan Laman Lucah



IPOH: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membuat laporan polis berhubung akaun Facebook miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab.

Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida juga membuat laporan ada individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.

Beliau mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya kira-kira 1 juta pengikutnya di laman sosial itu, kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu.

“Banyak gambar saya dimuat naik dalam Facebook itu. Kapsyen pada gambar itu juga sama seperti kapsyen yang saya taip di Instagram milik saya.

“Pemilik akaun itu menjanjikan hadiah lumayan kepada pengikut, seperti beg tangan berjenama secara percuma,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Dr Vida berkata, pada hari sama, beliau memuat naik status di Facebook miliknya bagi menyatakan penipuan itu, namun beberapa jam kemudian, akaun Facebooknya tidak boleh diakses, kerana dipercayai telah digodam.

“Selepas empat hari kejadian itu berlaku, saya dapati sekeping gambar telah dimuat naik, disusuli dengan pautan senarai nama pemenang. Apabila gambar itu diklik, akan masuk ke satu laman web lucah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau minta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang telah menggunakan identitinya untuk tujuan salah, kerana ia memberi kesan terhadap reputasinya.

Ketua Balai Polis Jelapang, Inspektor Rashidi Othman mengesahkan laporan itu.

– BERNAMA

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP