Friday, 22 April 2016

Mahathir sudah tidak relevan, gagal singkir Najib, kata Puad

Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar rancangannya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak gagal dilaksanakan walau menyebar isu tentang derma RM2.6 bilion, kata Datuk Mohd Puad Zarkashi. — Foto fail


KUALA NERUS, 22 April — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi menganggap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kehilangan pengaruh dan sudah tidak relevan lagi setelah gagal dalam cubaannya menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata Dr Mahathir perlu menerima hakikat bahawa semua perancangannya untuk menyingkirkan Najib gagal dilaksanakan walaupun menyebar fitnah tentang derma RM2.6 bilion.

“Sebelum ini Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan telah dibuat oleh hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah.

“Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, menteri luar Arab Saudi sudah sahkan bahawa wang tersebut adalah dana politik.

“Adakah Tun M akan minta maaf setelah semua ini terbukti?” kata Puad, yang juga ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini semalam.

Turut hadir, pengerusi jawatankuasa transformasi kerajaan, komunikasi dan multimedia negeri A Latiff Awang dan pengarah Jasa Terengganu Adli Kesah.

Puad berkata sokongan terhadap Dr Mahathir jelas menurun apabila tidak ramai yang menghadiri program anjurannya sendiri. — Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP