Monday, 18 April 2016

Peha Dan Lutut Che Ta Buat Peminat Marah



Berkali-kali pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dikecam kerana gambar.

Dan kali ini kritikan itu disebabkan pemilihan pakaian yang dianggap tidak bersesuaian dengan imej muslimah yang dibawa.

Kebanyakan ‘menegur’ mahu aktres itu menitikberatkan soal aurat wanita bertudung dengan sempurna.

Gambar itu yang baru dimuat naik tidak sampai sejam terus mengundang komen yang tidak berkesudahan.

Pada gambar dimuat naik, di bahagian atas tubuh Che Ta, dia dilihat memakai kot berwarna biru gelap dengan tudung berwarna hitam.

Pada bahagian bawah pula, dia berseluar jeans yang mempamerkan corak koyak di bahagian lutut dan peha kanan sambil tangannya memegang tas tangan berwarna oren.

Pun begitu, pengikut turut mengalami kekeliruan sama ada Che Ta memakai legging di dalam seluar jeans itu.

Ini antara komen yang memenuhi ruang komen Instagram Che Ta @rozitachewan1.

“Semoga Che Ta berubah menjadi lebih baik dan kita semua mampu berubah di masa akan datang,” kata pengguna akaun @rafidah_epit.

Manakala menurut pengguna akaun @nizamazli pula, pakai dipakai mengundang kekeliruan kepada imej seorang penganut Islam.

“Atas tutup, tetapi bahagian kaku tu…,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna akaun @missdejaavu pula berkata, Che Ta tidak harus mengundang tohmahan umum dengan memilih rekaan fesyen yang ditonjolkan.

“Legging (seluar ketat) atau tidak, kalau dah mengundang fitnah untuk diri sendiri sudah tentu haram.

“Mohon... jangan ditunjukkan sangat kerana perkara itu menjadi kebanggaan yang nyata.

“Maaf bukan menghina tetapi ini yang mampu kerana dakwah secara halus tidak berguna untuk spesis sebegini. Kasi sentap saja itu pun mungkin masuk kanan keluar kiri,” katanya.

Pada gambar itu, Che Ta turut menulis kapsyen berbunyi: “Mereka mahu melihat kamu menjadi hebat tetapi tidak lebih daripada mereka. Ingat itu,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, gambar itu berjaya mendapat hingga 3,517 likes, 215 komen dan jumlah itu semakin meningkat.

Sebelum ini, Che Ta turut dikecam kerana memakaikan pakaian dengan imej anjing pada anaknya Aisyah Dhia Rana.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Che Ta berhubung kontroversi yang berlaku.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP