Wednesday, 27 April 2016

Hadi: PAS akan teliti, tak campur rumah tangga Umno



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya tidak akan masuk campur isu pertukaran menteri besar Terengganu yang hangat diperkatakan, susulan pelucutan darjah kebesaran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau dilaporkan oleh portalBerita Harian Online sebagai berkata, PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat tanpa mencampuri 'masalah rumah tangga Umno'.

"Setakat ini saya tidak mahu memberi komen, saya akan teliti dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu tetapi ingin ditegaskan masalah yang berlaku itu hanya membabitkan rumah tangga Umno negeri.

"Saya tidak sempat mengikuti perkembangan mengenai pelucutan jawatan itu kerana berada di Sarawak bagi membantu calon PAS menghadapi pilihan raya negeri," katanya kepada portal itu.

Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan semasa itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.

BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Krisis tercetus apabila Pengelola Bijaya Diraja Sultan Terengganu mengesahkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir, dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Awal bulan lalu, bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku ADUN Kijal memfailkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif tetapi usul itu ditolak.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP