Tuesday 26 April 2016

Arul Kanda beritahu kepada Najib kerajaan perlu tanggung kerugian US$6.4 bilion, dedah akhbar Singapura



Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda sudah memberi penerangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan sejumlah ganti rugi yang perlu ditanggung kerajaan jika berlaku “ingkar” (default) dengan syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Sebuah akhbar berpengkalan di Singapura, Straits Times yang dipetik berkata Arul memberitahu Najib, sejumlah US$6.481 bilion perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia dibawah klausa ganti rugi dengan IPIC sekiranya berlaku “ingkar”.

Jumlah tersebut meliputi 4 peratus hutang tertunggak kerajaan, ia termasuk US$3.5 bilion bon, US$1.15 bilion wang tunai pendahuluan dan US$481 juta pertikaian pembayaran yang dikatakan milik IPIC, dedah sumber daripada pegawai kerajaan kepada Straits Times.

Memetik akhbar tersebut lagi, sumber juga mendedahkan pemimpin atasan kerajaan sedang membincangkan jalan keluar kemelut antara IPIC dan 1MDB.

Minggu lepas, IPIC mengumumkan menamatkan perjanjian yang menyediakan sokongan kewangan kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun tahun lepas selepas firma dari Malaysia itu gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada dana Abu Dhabi.

Dalam makluman kepada Bursa London, IPIC berkata, dana Malaysia dan Kementerian Kewangan negara itu gagal memenuhi tanggungjawab termasuk melakukan pembayaran berjumlah AS$1.1 billion dan juga faedah yang kini tidak ditunaikan. – 26 April, 2016.

Dipetik dari - themalaysianmirror

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP