KUALA LUMPUR - "Sesiapa juga di dalam negara mmpunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan yang sah," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim ketika mengulas dakwaan satu laman portal tempatan melaporkan anak kedua Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Juwiza Khalid, 32, mempunyai sebuah syarikat senjata di Kuala Lumpur.
Menurutnya, apa yang penting apa juga pekerjaan yang dijalankan mesti mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Sesiapa saja yang hendak melakukan perniagaan perlu ikut peraturan. Jika ikut peraturan, tiada isu di situ," katanya dalam sidang media di Pulapol selepas selesai upacara perbarisan tamat latihan kursus asas Kadet Inspektor siri 3/2015, hari ini.
Katanya, polis akan meneliti laporan portal berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.
Laporan portal itu juga mendakwa orang awam boleh membeli senjata dan mendapat permit dengan mudah melalui syarikat berkenaan. - sharian
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment