Wednesday, 20 April 2016

Pasukan Penyiasat 1MDB Perlu Minta Maaf Pada Najib – Ali Rustam



PETALING JAYA: Pasukan penyiasat khas atau task force yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri.

Ia ekoran kerajaan Arab Saudi dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memberi penjelasan sekaligus membersihkan nama Najib daripada isu wang derma RM2.6 bilion dan juga 1MDB.

SenatorTan Sri Mohd Ali Rustam berkata, penubuhan task force itu telah memberi persepsi negatif kepada Perdana Menteri dan juga Malaysia memandangkan rakyat beranggapan Najib bersalah dalam dua isu berkenaan.

“Apabila ditubuhkan task force, orang dah ada persepsi Perdana Menteri bersalah. Padahal ini fitnah oleh Wall Street Journal (WSJ). Disebabkan itu, nama baik Perdana Menteri dan negara sudah terjejas.

“Saya lihat perkara ini tidak boleh berulang, task force ini perlu minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Luarnya, Adel Al-Jubeir sebelum ini telah mengesahkan dana RM2.6 bilion adalah derma kepada Najib tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Manakala, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin pula menyatakan Najib tidak disebut dalam laporan PAC kerana tiada sebarang bukti menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP