Wednesday 27 April 2016

'Jadi, anak IGP jual senjata kepada siapa?'




Jika anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mempunyai kontrak untuk menjual senjata api kepada kerajaan, siapa yang membeli daripadanya?

Persoalan itu ditimbulkan oleh ahli jawatankuasa pusat PKR Latheefa Koya pada satu forum di Kuala Lumpur, malam semalam sempena memperingati kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati, enam tahun lalu.

Sebagai seorang anggota panel forum, beliau menjawab soalan daripada seorang penonton yang bertanya bagaimana dan mengapa anggota polis perlu mempunyai senjata api.

"Setakat yang saya tahu, bukan anak perempuan IGP yang membekalkannya (senjata api). Oleh kerana IGP sebelum ini berkata, walaupun anaknya mempunyai lesen untuk menjual senjata api, beliau tidak mempunyai kontrak dengan kerajaan," kata Latheefa sambil disambut gelak ketwa oleh hadirin.

"Anaknya menjual senjata api yang agak canggih dan soalan saya, jika awak tidak membekalkan senjata kepada pihak kerajaan atau pegawai penguatkuasaan atau tentera, seperti kata IGP, kepada siapa yang awak jual?" soalnya.

Khalid, Isnin lalu mengakui firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya itu memperolehi lesen perniagaan sebelum beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

Beliau juga mendedahkan bahawa beliau melarang syarikat anaknya itu daripada membida sebarang tender senjata api berkaitan kerajaan atau polis.

Khalid berkata demikian ketika mengulas satu artikel oleh Sarawak Report bahawa anaknya, Juwiza, dan juga adik iparnya, Mohd Isa Hussin beliau, adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Dipetik dari malaysiakini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP