PETALING JAYA: Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.
Pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kerana menandatangani Deklarasi Kelantan yang bertujuan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Penulis blog yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Hussin, mendakwa pelantikan Razaleigh atau Ku Li juga bagi mengimbangi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudah ‘pasang angan-angan’ untuk menjadi Perdana Menteri.
Selain itu, Shahbudin yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada seorang pemanggil berkata, Najib mahu melantik Ku Li bagi mengukuhkan lagi kedudukan beliau untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?
“Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga, kata pemanggil tadi penuh yakin,” tulis Shahbudin menerusi blognyashahbudindotcom.blogspot.
Pemimpin pembangkang dan Dr Mahathir terkejut dengan tindakan Ku Li yang baru-baru ini mendatangani Deklarasi Kelantan dan melabelkan Ahli Parlimen UMNO paling lama itu sebagai ‘pengkhianat’.
Malah, Dr Mahathir mendakwa Ku Li sebenarnya dalang untuk menjatuhkan Najib.
Ku Li bagaimanapun mempertahankan tindakannya menandatangani Deklarasi Kelantan kerana ia bukan dokumen rasmi dan mencabar mana-mana pihak menunjukkan bukti beliau dalang menjatuhkan Najib.
- FMT
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment