MELAKA - Siasatan awal ke atas kes cubaan bunuh seorang komando di Sungai Timun, Negeri Sembilan Ahad lalu ialah kerana masalah berkait dengan seorang wanita.
Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sudah memperolehi pertunjuk positif berhubung kejadian tersebut termasuk mengenal pasti identiti suspek utama yang terlibat.
"Kita percaya suspek utama dan tiga lagi rakanya yang berusia lingkungan 30-an itu telah melarikan diri keluar dari negeri ini selepas kejadian tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Bukit Beruang di sini hari ini.
Ahad lalu, seorang komando berpangkat Koperal ditemui dalam keadaan parah di dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan dipercayai menjadi mangsa cubaan bunuh.
Mangsa, Koperal Mohd Daud Karim, 26 yang juga komando dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini,ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan digari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk. - K! ONLINE
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment