Friday 15 April 2016

Rupa-rupanya Nazri tak suka Zakir Naik datang ke Malaysia?

Nazri bukan penghalang Shahidan undang Zakir ke Perlis



PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menyanggah kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung undangan siri ceramah Dr Zakir Naik di beberapa lokasi di negara ini.

Menurutnya, kenyataan Nazri mengenai kehadiran Dr Zakir ke Malaysia itu disifatkan sebagai pandangan peribadinya sendiri.

“Ini adalah pandangan masing-masing. Saya sokong Dr Zakir Naik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Nazri menyatakan tindakan membawa Dr Zakir ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu kerana Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.

Pandangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu bagaimanapun, tidak menghalang Shahidan untuk mengundang pendakwah berkenaan memberikan ceramah di Perlis.

“Saya akan pohon untuk Dr Zakir datang ke Perlis kerana diperkenan oleh Raja Muda dan jemputan Dr Mohd Asri Zainul Abiddin.

“Sekiranya tidak bagi buat di stadium, maka kita akan aturkan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP),” ujarnya.

Ahli Parlimen Arau itu juga menyatakan tidak menjadi masalah sekiranya negeri-negeri lain tidak bersetuju untuk menjemput Dr Zakir berceramah kerana perkara berkaitan Islam adalah di bawah kuasa raja.

- FMT

KENYATAAN NAZRI SEBELUM INI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP